Pages

Awning




Memasang Awning ACP ( Aluminium Composite Panel)

 Kami memasang awning ACP dengan kemas dan menggunakan besi yang lebih besar.  Antara ciri-ciri nya ialah:

a.  Alang depan menggunakan besi hollow 2 inci x 5 inci
b.  Alang bumbung menggunakan besi 2 inci x 3 inci
c.  Tiang menggunakan besi hollow 4 inci x 4 inci
d.  ACP ketebalan 4mm

dengan ciri-ciri sebegitu awning akan kelihatan lebih tegap dan menarik.





Awning 









Sebarang pertanyaan sila whatsapp kami di talian 014-3491671



Kelebihan menggunakan ACP

Awning ACP (Aluminium Composite Panel) adalah produk material bangunan yang buat dari dua lembaran aluminium dengan inti bahan polietilen.

Beberapa kelebihan Awning ACP antara lain:

  1. Tahan cuaca: Awning ACP tahan terhadap cuaca ekstrem seperti sinar UV, hujan, angin dan suhu tinggi maupun rendah. Hal ini menjadikannya cocok untuk digunakan pada atap atau fasad bangunan yang terpapar langsung dengan cuaca.
  2. Ringan dan mudah dipasang: Awning ACP memiliki bobot yang ringan sehingga mudah diangkut dan dipasang. Selain itu, material ini dapat dipotong dan dibentuk sesuai dengan kebutuhan dan ukuran yang diinginkan.
  3. Estetika yang menarik: Awning ACP memiliki berbagai pilihan warna dan desain yang dapat disesuaikan dengan tema bangunan. Selain itu, tekstur permukaannya juga memberikan kesan moden dan elegan pada bangunan.
  4. Tahan api: Awning ACP tahan terhadap api sehingga dapat digunakan pada bangunan yang memerlukan perlindungan dari bahaya kebakaran.
  5. Mudah dalam perawatan: Awning ACP tidak memerlukan perawatan khusus dan cukup dibersihkan dengan air sabun untuk menjaga kebersihan permukaannya.
  6. Tidak melengkung: Awning ACP tidak melenkung.

Dalam keseluruhan, kelebihan-kelebihan tersebut menjadikan Awning ACP menjadi salah satu pilihan material bangunan yang sangat popular dan di impikan orang ramai.


Perintah Kawalan Pergerakan 2020





1. Nama Perintah
Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).
____________________________________________________
2. Tempoh Masa
Perintah ini berkuatkuasa dari 18 Mac – 14 April  2020.
____________________________________________________
3. Liputan Kawasan Perintah
Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia.
____________________________________________________
4. Kuat kuasa Undang-undang
Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
____________________________________________________
5. Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu:
i. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
iv. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)
____________________________________________________
6. Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh diadakan?
Upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak melibatkan kehadiran ramai. Bagi Majlis Persandingan dan Resepsi serta majlis lain, disarankan untuk ditangguhkan sehingga isu penularan COVID-19 di Malaysia.
____________________________________________________
7. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentu sepanjang 18 - 31/3/2020?
Tidak. Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu.
____________________________________________________
8. Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terus balik?
Ya.
____________________________________________________
9. Saya merupakan seorang warganegara Malaysia dan suami saya merupakan warganegara UK. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini?
Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinan tersebut sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara asal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
____________________________________________________
10. Anak saya yang merupakan seorang pelajar di institusi luar negara. Adakah beliau dibenarkan pulang ke Malaysia?
Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Walau bagaimanapun, individu tersebut perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
____________________________________________________
11. Saya merupakan pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia dan telah pulang ke negara asal saya sebelum Perintah ini dikeluarkan. Adakah saya dibenarkan untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempoh sekatan ini?
Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara (essential services) sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini. Migran asing tersebut perlu mendapatkan satu surat pengesahan daripada majikan masing - masing dan perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.
____________________________________________________
12. Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke pejabat di Singapura?
Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing-masing berkenaan perkara ini.
____________________________________________________
13. Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan telah membuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskan percutian saya?
Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan tidak meneruskan percutian anda.
____________________________________________________
14. Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mengambil rakan yang baru pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor berkaitan perkhidmatan penting negara?
Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.
____________________________________________________
15. Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?
Tidak perlu.
____________________________________________________
16. Adakah kelas pengajian dan semua aktiviti yang melibatkan pelajar IPT awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan?
Ya.
____________________________________________________
17. Bagaimana dengan pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta khususnya pelajar luar negara?
Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini. Pelajar yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Pelajar asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuat kuasa.
___________________________________________________
18. Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?
Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.
____________________________________________________
19. Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi?
Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintah kawalan ini berkuat kuasa.
____________________________________________________
20. Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?
Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum Perintah ini diumumkan.
____________________________________________________
21. Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit COVID-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?
Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama kariah masjid/surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.
____________________________________________________
Senarai soalan lazim ini disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Islamic Mural

http://boss7group.com/get-in-touch/

Rujukan utk kami dan kontraktor yang ingin membuat Masjid Surau dan Pusat Akademi



Lama sungguh tak update blog cerita tentang impiandesign di sini.   Sibuk memanjang, sampai bersawang blog ni... ramai yang tak dapat info yang sepatutnya bila datang ke sini.

Ini projek pemasangan grill dan sliding door bagi pelanggan kami.  Pelanggan nakkan yang berbentuk S, nampak lebih elegant... 

Kami pun layan je laa projek kecik2 macam ni... yang lecehnya semasa pemasangan ada pembetulan yang nak kena buat bagi kesesuaian tempat pemasangan... kerja jadi lambat sikit.

Apapun...kami cuba buat yang terbaik untuk pelanggan kami.

------Insyallah saya akan updatekan berita terkini bagi perkongsian maklumat.  

Produa


Projek membantu agen Cuckoo

Lokasi: Produa Klang
Tarikh:  Ogos 2018

Kerja paiping nampak macam enteng sahaja.  Tetapi kena buat kerja dengan hati hati jugakan.  Yang penting kekemasan...dan menyelesaikan masalah orang. 

Sekian.