Berdasarkan laporan tahunan Pusat Khidmat Aduan Pengguna
Nasional (NCCC), aduan tentang sektor perumahan mencatatkan kedudukan kedua
paling tertinggi, iaitu 19.4%. Jumlah ini berdasarkan kepada aduan yang
diterima daripada pengguna yang membuat laporan di NCCC.
Bagi mendapatkan khidmat kontraktor, pengguna terpaksa
mengeluarkan banyak wang dari puluhan ribu hingga mencecah beratus ribu
ringgit. Tambahan pula, kos bahan binaan yang digunakan dalam industri semakin
meningkat. Kebanyakan pengadu membuat aduan terhadap kontraktor ubah suai rumah
kerana tidak melakukan tugas mereka seperti yang dijanjikan. Antaranya,
menggunakan bahan binaan yang berkualiti rendah sehingga mengakibatkan bumbung
runtuh, dinding retak, kebocoran paip menyebabkan pengguna kecewa kerana telah
membayar wang yang banyak kepada kontraktor atas tugas tersebut.
Selain itu, kontraktor juga dikatakan mengenakan bayaran
yang tinggi terhadap pengguna. Apabila pengguna membuat laporan terhadap kerja
yang tidak memuaskan, kontraktor tersebut membaiki dan mengenakan caj dua kali
terhadap pengguna walaupun kesalahan tersebut adalah daripada mereka sendiri.
Pengadu juga membuat aduan mengenai bumbungyang bocor, dan
walaupun ia masih dalam tempoh waranti, namun kontraktor tidak mahu membaiki
jika pengadu tidak membayar untuk membaiki kerosakan tersebut.
Undang-Undang
Sekiranya pengguna menghadapi kes seperti ini, anda boleh
memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah
Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Tip
• Selidik latar belakang kontraktor seperti bertanyakan
rakan kejiranan atau pelangganpelanggan lain.
• Pastikan kontraktor tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia.
• Minta sebut harga / quotation sebelum anda membayar
sebarang deposit.
• Sebelum menandatangani kontrak, pastikan anda membaca
terma dan syarat yang ditetapkan dalam
kontrak dengan teliti.
• Pastikan anda menyimpan resit pembayaran atau gambar
sebagai bukti sekiranya kontraktor tersebut tidak mahu membaiki kerosakan tersebut
dan anda ingin mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.
sumber:http://www.nccc.org.my/v2/index.php/component/content/article/1761-isu-ubah-suai-rumah-oleh-kontraktor-bermasalah
No comments:
Post a Comment